SELAMAT DATANG KE BLOG PPDA (SMKTG ). Follow | Dashboard

Tuesday, 26 August 2014

JENIS-JENIS OPIAT

1. Candu

Candu adalah sejenis narkotik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.


2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Cara Mengunakan :                      Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho” 

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan :                       Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan :  “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”



4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

5. Opiat Sintetik

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone”dan “dextropropoxyphene”.
Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan :     Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan :    “Fizzies”, “Dollies”

APAKAH ITU DADAH DAN MENGAPA DADAH DILARANG ?

APAKAH ITU DADAH ?

Dadah adalah apa juga bahan kimia asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh, boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna. Ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakit¬-penyakit, tetapi dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan, ataupun maut.
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapioleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nation International Drug Control Program,dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.

SEBAB DADAH DILARANG ?


Seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "Paracetamol " dan "Antibioticmembantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "Caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisiundang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah kesihatan, masalah sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini didalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran,import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.Dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna"



Back to TOP