1. Candu
Candu adalah sejenis narkotik yang
mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.
Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik)
apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses
daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin
mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan
: Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
3. Heroin

Cara Menggunakan
: Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung,
cik putih, barang, “Penang pink”
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di
dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang
dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk
melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
5. Opiat Sintetik
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”,
“pethidine”, “dipipanone”dan “dextropropoxyphene”.
Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan
digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
“methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Nama Jalanan
: “Fizzies”,
“Dollies”
No comments:
Post a Comment